mcmc
Maklumat Am

17 HARI TAK MEMBUANG

Tular satu imej X-ray usus besar yang dikaitkan dengan seorang pesakit muda yang dikatakan tidak membuang air besar selama 17 hari.

Cerita asalnya sukar disahkan secara rasmi. Tetapi satu perkara memang benar, sembelit bukan perkara kecil jika ia berlaku terlalu lama dan berulang-ulang.

Ramai orang anggap sembelit cuma “tak lawas”. Minum air, makan sayur, selesai. Tetapi dalam kes tertentu, najis boleh menjadi terlalu keras, terkumpul dan tersangkut. Usus boleh mengembang kerana tekanan yang berpanjangan. Perut boleh kembung, sakit, rasa penuh, loya, muntah atau langsung tidak boleh kentut.

Yang bahaya, ada orang sudah terbiasa hidup dengan sembelit sampai rasa itu normal. Seminggu tidak membuang air besar pun masih tunggu. Dua minggu pun masih cuba tahan. Padahal badan mungkin sedang beri amaran.

Dapatkan pemeriksaan segera jika sembelit disertai sakit perut berterusan, muntah, demam, perut semakin kembung, tidak boleh kentut, najis berdarah, turun berat badan tanpa sebab, atau sembelit yang tiba-tiba berubah daripada kebiasaan anda.

Sembelit mungkin nampak malu untuk diceritakan. Tetapi lebih malu kalau kita diam sampai usus sendiri mula “menjerit” minta diselamatkan.

Jangan normalisasikan sembelit yang berpanjangan. Badan kita ada bahasa. Kadang-kadang ia tidak menjerit dengan suara, tetapi dengan perut yang keras, sakit dan tidak lagi mampu lega.

#PublicHealthMalaysia#Sembelit#KesihatanUsus#KenaliTandaBahaya