mcmc
Maklumat Komuniti

Hantaran Memetik Titah dan Menggunakan Gambar YDPA Sultan Ibrahim Berhubung Dunia Islam Adalah Tidak Benar

SEBENARNYA:

Menurut Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office):

Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan terdapat satu kenyataan palsu yang sedang tular di media sosial bersama-sama gambar KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Royal Press Office ingin menegaskan bahawa kenyataan yang dipaparkan di dalam imej berkenaan adalah palsu.

SUMBER:

Facebook Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Instagram Rasmi Official Sultan Ibrahim

Malaysia Gazette

Sinar Harian