Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Lurah Bilut telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada 7 Januari 2013. Ramai yang telah mendaftarkan diri bagi mendapat perkhidmatan yang kami sediakan. Jumlah keahlian Pusat Ekonomi Digital Felda Lurah Bilut sehingga kini (Januari 2026) adalah seramai 3,256 orang. Antara ahli yang mendaftar di sini adalah penduduk setempat ini sendiri dari pelbagai kategori usia.
