mcmc
Makanan

Makanan

Kek Dan Kuih Raya 

  Diberi nama Siti Nurul Faizah Binti Abu Hassan yang berumur 22 tahun menjalankan perniagaan ‘Bakery’ yang diberi nama Bellotz Enterprise. Siti Nur Faizah dilahirkan di Bentong, Pahang pada tahun 1993. Merupakan anak ketiga pasangan Sabriah bt Mat Lias dan Abu Hassan bin Abdullah. Pernah belajar di SK Lurah Bilut dari tahun 2000 hingga 2005 dan SMK Lurah Bilut dari tahun 2006 hingga 2010. Tamat persekolahan, menyertai PLKN selama tiga bulan pada tahun 2011. Selepas tamat PLKN, dia pernah bekerja di kedai buku selama 5 bulan. Pada tahun 2012, beliau menyertai GIATMARA selama 6 bulan dalam bidang ‘Confectionary and Bakery’.

  Setelah tamat sahaja GIATMARA, beliau mula membuka perniagaan ‘Bakery’ yang diberi nama Bellotz Enterprise dan sehingga sekarang perniagaan berjalan dengan lancar. Menurutnya, ‘pertama kali melihat PI1M saya hanya membayangkan ianya sama fungsi seperti ‘cybercafe’ yang ada disekitar kawasan ini. Rupanya andaian saya kurang tepat. PI1M bukan sahaja tempat untuk melayari internet malah ada juga disediakan tempat latihan. Bagi mana-mana individu yang ingin memantapkan pengetahuan berkaitan ICT saya rasa PI1M adalah tempat yang paling sesuai kerana apa yang dipelajari di luar sama sahaja dengan yang di pelajari di PI1M’. 

  Selain daripada kek, beliau juga menerima tempahan untuk membuat kuih raya. Sambutan terhadap perniagaannya amat menggalakkan. Tempahan bukan sahaja daipada komuniti setempat, malahan juga daripada kawan-kawan laman sosial beliau. 

  Antara tarikan utama Siti Nur Faizah untuk datang ke PI1M adalah kerana kadar bayaran yang rendah sesuai untuk penduduk kampung yang berpendapatan sederhana, kemudahan yang disediakan yang sememangnya lengkap, bilik latihan yang lengkap dengan kelengkapan untuk belajar komputer serta kemudahan tanpa wayar sekiranya menggunakan laptop.