Utama
Bermula 1 Julai, beberapa inisiatif dan penambahbaikan baharu dilaksanakan bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan, meningkatkan tahap keselamatan, memperluas manfaat kebajikan serta memperkemas sistem penyampaian kepada rakyat.
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
Pasport Malaysia Baharu
Pasport Malaysia dengan reka bentuk baharu serta 94 ciri keselamatan berteknologi tinggi mula dikeluarkan secara berperingkat bagi meningkatkan tahap keselamatan dokumen perjalanan negara.
Mekanisme Baharu Diesel Bersubsidi (BUDI MADANI)
Individu yang layak kini boleh menikmati harga diesel bersubsidi pada kadar RM2.10 seliter, tertakluk kepada syarat kelayakan dan kuota yang ditetapkan.
Baucar Buku MADANI
Baucar buku bernilai RM100 mula dimanfaatkan oleh kira-kira 2.2 juta pelajar bagi menggalakkan budaya membaca serta memperkukuh ekosistem ilmu negara.
Pemansuhan Caj Pengeluaran Tunai Antara Bank
Pengguna kad debit tempatan kini boleh membuat pengeluaran tunai di ATM dan Smart Recycler Machine (SRM) tanpa dikenakan caj RM1 bagi transaksi antara bank.
Pendigitalan Urusan KWSP
Semua pembayaran caruman KWSP dilaksanakan sepenuhnya melalui saluran digital seperti i-Akaun atau ejen yang dilantik, selaras dengan agenda pendigitalan perkhidmatan awam.
Orang ramai disarankan untuk merujuk sumber rasmi kerajaan bagi mendapatkan maklumat lanjut serta memastikan setiap perubahan ini dimanfaatkan sepenuhnya.
#JabatanPerdanaMenteri
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#AkuKasihMalaysia

Laporan Aktiviti March 2019 – Langkah-Langkah Mencipta Resume Yang Lebih Kemas & Klik Dengan Bijak
Tarikh : 04 Mac 2019 Masa : 03:00 Petang – 05:00 Petang Lokasi : PI Felda Lurah BIlut Peserta : Belia Felda Lurah Bilut Tujuan Kelas ini diadakan bertujuan […]
CELIK IT – APARAJITA A/P SHANMUGAM
MENCIPTA AKAUN EMAIL Nama : Aparajita a/p Shanmugam Umur : 11 Tahun Ahli : 2015 Latar Belakang Aparajita A/P Shanmugam merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Lurah Bilut. Aparajita merupakan […]


