mcmc
Maklumat Setempat

PERTANIAN

BUAH NENAS

Felda Lurah Bilut telah menghasilkan tanaman buah nenas yang telah dibeli daripada Johor. Difahamkan buah nenas ini adalah terhad dan antara buah nenas yang terbaik. Lokasi penanamannya adalah di Kg Baru Felda Lurah Bilut, bersebelahan dengan Pusat Internet 1Malaysia Felda Lurah Bilut. Tanaman ini dijaga rapi dengan setiap minggu akan ada petugas yang membersihkan kawasan. Ini untuk memastikan tanaman tidak dirosak kan oleh serangga perosak.

Terdapat beberapa kelebihan buah nenas. Antaranya ialah buah tinggi mengandungi air yang memiliki rasa lezat dan menyegarkan. Untuk pengetahuan umum, buah yang berwarna kuning cerah ini juga banyak menyediakan untuk kita vitamin, mineral, antioksidan, dan enzim yang bersifat mempromosikan pencernaan, meredakan asam lambung, mengurangi peradangan, dan membantu memecah protein hewani. Buah nenas sangat mudah ditemukan dipasaran, bahkan tersedia sepanjang tahun. Harganya yang sangat terjangkau, sekaligus menjadi pilihan buah terbaik terutama bagi masyarakat. Walaupun buah ini banyak khasiat dan manfaatnya, namun perlu berhati-hati bagi wanita yang sedang hamil. Buah nenas mengandung bromelian, yang menjadikannya sebagai salah satu buah yang tidak boleh dimakan oleh ibu hamil.