mcmc
Kemudahan AwamKeselamatan

PLKN 3.0

Sepertimana semua sedia maklum, Kerajaan telah memperkenalkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan format baharu yang bermatlamat membentuk generasi muda yang patriotik, mengamalkan nilai-nilai murni, mempunyai semangat perpaduan, berbudaya kesukarelawanan, dan menyokong aspirasi pertahanan menyeluruh.

Siri pertama Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 telah bermula secara rasmi pada 12 Januari 2024 (Ahad), dengan penglibatan 120 orang peserta, secara sukarela. Tempoh latihan yang mengambil masa 45 hari ini merangkumi latihan asas ketenteraan dan elemen kenegaraan.