Negeri Sembilan | 13 Jun 2026 – Program AI@NADI Peringkat Negeri Sembilan telah dilaksanakan serentak di 62 NADI di seluruh negeri sebagai usaha memperluas akses pembelajaran kecerdasan buatan (AI) kepada komuniti setempat.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi di NADI Seri Menanti, yang menjadi lokasi simbolik pelaksanaan Kelas AI@NADI di seluruh Negeri Sembilan.
Melalui inisiatif ini, peserta didedahkan kepada penggunaan AI secara praktikal dalam pendidikan, pekerjaan, keusahawanan dan kehidupan seharian, di samping menerapkan amalan penggunaan teknologi yang selamat, beretika dan bertanggungjawab.
YB turut berkesempatan melawat NADI Pilah bagi meninjau pelaksanaan Saringan E-Sukan MADANI Legend serta Program Scam Awareness for Everyone (SAFE) 2026: Be Smart, Avoid Scam. Program tersebut memberi penekanan kepada aspek keselamatan siber, peningkatan kesedaran terhadap ancaman penipuan dalam talian serta kepentingan kesejahteraan mental dalam mendepani cabaran era digital.
