mcmc
Maklumat Am

SITUASI TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA [ 20 JUN 2020 ]

situasi terkini 2o jun 20

Situasi terkini Covid-19 di Malaysia setakat 20 Jun 2020, jam 12 tengah hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 76 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,146 kes (95.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 20 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 21 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,556 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 289 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 21 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan satu (1) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap. Daripada 19 kes penularan di dalam negara, tujuh (7) kes adalah bukan warganegara manakala 12 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

kes positif mengikut negeri 20 jun

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia