Menurut Kementerian Kewangan (MOF):
Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya atau menyebarkan dokumen palsu berupa surat kononnya dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, yang turut memaparkan Jata Negara dan telah tular melalui aplikasi WhatsApp.
Dokumen berkenaan menawarkan sesi temu duga palsu serta meminta penerima membawa sejumlah wang.
Kandungan dokumen tersebut jelas bercanggah dengan dasar integriti Kementerian Kewangan dan dibimbangi boleh mengelirukan orang ramai.
SUMBER:
Facebook Rasmi MOF
